tafaquh puasa

Firman Allah, "Puasa itu untuk aku, dan aku akan membalasnya sendiri"

Ceramah Khas

"Maha Suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang kami berkati sekelilingnya , untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar , lagi Maha Mengetahui." ( AL-ISRA’: 1)
UPDATED: Muat turun slides ceramah.

Zikir Mustahabb

Siri Tafaqquh Feqh Puasa yang telah pun selesai dengan penutup perbincangan petikan dari kitab Al-Azkar, Imam an-Nawawi Rahimahullah berkenaan zikir-zikir yang mustahabb.

mendakap erat

Jiwa yang merindu seakan ingin melepaskan air mata. Tidak sangka, Allah memanjangkan umur hingga berjaya menjejak kembali ke dalam bulan yang mulia ini.

Muat turun Audio

Muat turun audio tafaquh secara percuma

2009/10/11

AKADEMI TAHFIZ AZ-ZIKR

Posted by driving test pada 22:40 0 komen

Assalamulaikum.


AKADEMI TAHFIZ AZ-ZIKR KINI MEMBUKA PENDAFTARAN UNTUK KEMASUKAN AHLI-AHLI BARU


Akademi Tahfiz Az-Zikr adalah sebuah akademi tahfiz Al-Quran yang ditubuhkan di bawah JKK Pembangunan Rohani PERMAI.


Fokus utama penubuhan akademi ini adalah untuk membantu melahirkan ramai profesional Islam yang hafiz Al-Quran di muka bumi Irbid ini, di samping memantapkan mujahadah ahli akademi terhadap Al-Quran sepanjang keahlian mereka.


Terbuka buat semua Ahli Permai: senior atau junior


Tempat adalah terhad!! Siapa cepat, Insyallah dia dapat.

Sesiapa yang berminat, bolehlah segera mendaftarkan nama anda beserta nombor telefon anda kepada wakil-wakil berikut sebelum 16 Oktober 2009 (Jumaat petang):

Syabab: Ahmad Fakrurrozi bin Mohamad 0779838959
Akhawat: Nur Hamizah bt Md Fuzi 0779974165


Semua yang mendaftarkan nama hendaklah melalui satu temuduga ringkas pada tarikh dan waktu yang akan ditetapkan kemudian.


Sebarang pertanyaan tentang temuduga yang bakal diadakan serta kaedah pelaksanaan akademi seperti kelas dan sebagainya akan dijelaskan pada waktu yang terdekat.
Ayuh! Daftarkan nama anda segera!!


Sekian.
JKK Pembangunan Rohani

2009/09/28

Hari Kemenangan. . .

Posted by prpermai pada 16:37 0 komen

Hari Raya Fitrah adalah hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadan di mana orang-orang beriman memperoleh kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga mereka kepada Allah. Ia adalah hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperoleh pahala yang besar di sisi Allah.

Aidilfitri juga puncak kemenangan manusia dalam pertentangan antara akal dan nafsunya, kerana puasa adalah keupayaan manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada pelanggaran ajaran Islam.

Berhari raya juga bererti kembali kepada jati diri manusia sebagai hamba Allah, kepada fitrah kejadian manusia. Di alam azali lagi iaitu sebelum wujud sebagai manusia, kita telah mengakui keesaan Allah s.w.t. dan berjanji untuk mentaati perintahnya. Allah menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

Ingatlah ketika Tuhanmu mengambil janji dari anak-anak Adam sejak azali mereka dan mempersaksikannya atas diri mereka sendiri. “Tidakkah Aku Tuhanmu?” Mereka menjawab, betul, kami mempersaksikan atas itu tetapi kamu akan berkata pada hari kiamat, kami telah lalai mengenai hal ini. (maksud al-Quran surah al-Araf ayat 172).

Fitrah juga berkait dengan hanif. Ertinya suatu sifat dalam diri kita yang cenderung memihak kepada kebaikan dan kebenaran. Dalam sebuah hadis disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.:

Kebajikan ialah suatu yang membuat hati dan jiwa tenang. Dan dosa ialah sesuatu yang terasa tidak keruan dalam hati dan terasa bimbang di dada. (HR Ahmad).

Maksud dosa dalam hadis tersebut adalah sesuatu yang dirasakan bertentangan dengan hati nurani. Oleh kerana itu, ketika ada polemik mengenai Ibrahim, di mana orang Yahudi mengatakan bahawa Ibrahim ialah orang Yahudi dan orang Nasrani mengatakan bahawa Ibrahim adalah seorang Nasrani, maka al-Quran mengatakan:

Ibrahim bukan orang Yahudi dan bukan pula orang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali dia bukanlah termasuk golongan orang-orang musyrik. (al-Quran surah ali-Imran ayat 67).

Iaitu seorang yang hidupnya digunakan untuk mencari kebenaran dengan tulus dan ikhlas. Tanpa semangat golongan atau kumpulan tertentu. Diiringi dengan muslimat, sambil pasrah kepada Allah.

Dalam firman Allah yang lain disebutkan bahawa agama yang benar tidak lain adalah asal kesucian manusia iaitu fitrah. Dalam surah al-Rum, ayat 30, Allah berfirman yang bermaksud:

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. (maksud surah ar-Rum Ayat 30).

Tahun boleh berganti, zaman boleh berubah. Milenium boleh bertukar dari milenium kedua sampai ketiga. Tetapi manusia tetap sama selama-lamanya sesuai dengan disain Allah. Manusia merupakan makhluk yang selalu merindukan kebenaran dan akan berasa tenteram apabila mendapatkan kebenaran itu. Sebaliknya, kalau dia tidak mendapatkannya, akan gelisah.

Jadi menurut firman Allah di atas, agama yang benar ialah kemanusiaan primordial (asal). Primordial ertinya sesuatu yang asli, yang berasal dari pokok atau pangkal. Aidilfitri adalah hari raya untuk merayakan kembali fitrah, setelah kehilangan dan ditemui kembali. Hal itu kerana adanya ibadah puasa.

Quraish Shihab dalam bukunya Membumikan al-Quran berpendapat seseorang beraidilfitri dalam erti “kembali ke kesuciannya” akan selalu berbuat yang indah, benar dan baik. Ini adalah kerana kesucian merupakan gabungan dari tiga unsur tersebut (indah, benar dan baik). Melalui kesucian jiwanya, seseorang akan memandang segalanya dengan positif. Ia selalu berusaha mencari perkara-perkara yang baik, benar dan indah kerana ia akan melahirkan seni; mencari yang baik menimbulkan etika; mencari yang benar menghasilkan ilmu. Dengan pandangan yang demikan ia akan menutup mata terhadap kesalahan, kejahatan dan keburukan orang lain. Kalaupun itu terlihat, selalu dicarinya nilai-nilai positif dalam sikap negatif tersebut.

Perlu ditegaskan bahawa perayaaan Aidilfitri sejati merupakan satu kemenangan secara batiniah atau rohaniah. Justeru itu ia harus direfleksikan di dalam peningkatan kualiti perilaku beragama; keimanan yang bertambah kuat dan ketakwaan yang semakin menebal. Kita renungi syair Arab;

“Bukanlah hari raya Aidilfitri bagi orang yang berpakaian dan perabot rumahnya serba baru, namun hari raya Aidilfitri adalah bagi orang yang beriman dan ketaatannya bertambah.”

Sewajarnya juga kesucian lahir dan batin ini menjadi motivasi untuk membentuk kesedaran membantu golongan yang miskin atau tertindas. Dengan kesedaran yang demikian akan membawa kita menjadi manusia yang bertakwa dan mendapat kemuliaan di sisi-Nya.

Dalam kita merayakan Aidilfitri ini setidak-tidaknya ada tiga perkara yang mesti dilakukan iatu,

  • Pertama, bertakbir mengagungkan Allah atas segala petunjuk-Nya, sehingga kita tetap berada di jalan-Nya.
  • Kedua, bersyukur dengan membahagikan rezeki yang diperoleh dengan membayar zakat fitrah
  • Ketiga menahan marah dan saling maaf-memaafkan.

Hal ini sebagaimana diajarkan dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 185 dan ali-Imran ayat 134: …Mereka yang tetap berderma baik dalam keadaan lapang ataupun sempit dan mereka mampu menahan marah, lagi pula bersifat pemaaf kepada sesama manusia.

Justeru itu, suasana lebaran adalah suasana keilahian dan kemanusiaan. Apa yang lebih penting dari itu ialah melalui semangat Syawal kita terus menperbaiki perilaku peribadi, hubungan dengan orang lain serta hubungan kita dengan Allah.

Perasaan

Demikian Aidilfitri sebagai hari pertama umat Islam pulang dari pengembaraan kerohanian setelah sebulan berpuasa dalam bulan Ramadan. Dalam pengembaraan itu, mereka telah meningglkan semua perkara yang digemari kerana Allah dan membentuk dalam dirinya satu perasaan yang sentiasa memerhati dan menjadikan hati dan iman mereka pengawal yang sentiasa menjaga tingkah laku mereka.

Kemunculan Aidilfitri ini mengakhiri satu perjalanan kerohanian yang memerlukan kesabaran dan limpah rahmat dari Allah dan di sinilah bermulanya perjalanan baru yang menggabungkan roh dan jasad yang perlu dikekalkan sebagai persiapan untuk melaksanakan perjalanan mengerjakan haji kelak.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud:

(Masa untuk mengerjakan ibadat) haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan ibadat haji, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat haji. Dan apa juga kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dan keaiban meminta sedekah dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal yang dapat menilai dan memahami).

2009/09/16

Ramadhan melatih prihatin kepada umat

Posted by prpermai pada 18:40 0 komen

RAMADHAN MELATIH PRIHATIN KEPADA UMAT

Berpuasa melatih menanggung derita. Ia melatih sifat ambil berat golongan tidak bernasib baik. Lalu diwajibkan zakat fitrah, dituntut memberi makan orang berbuka dan sadaqah. Kerana itu sesudah Ramadhan berakhir, semestinya semakin prihatin terhadap kaum muslimin yang mengalami kesulitan hidup. Prihatin adalah sebahagian tanda iman.

مَن لَمْ يهْتَمْ بأُمورِ المسلميْن فليْس منْهم
Barang siapa yang tidak mahu ambil prihatin urusan umat islam maka ia tidak termasuk golongan mereka.
( HADITH RIWAYAT. Abu Dawud )

Urusan umat Islam termasuk urusan aqidah, keselamatan, kebajikan makan minum dan tempat tinggal mereka. Dari segi aqidah umat Islam sedang diasak dengan berbagai ajaran sesat seperti sekularisma, syirik, murtad.

Dari segi keselamatan semakin hari wilayah Islam semakin kecil dirampas atau dijajah oleh kuasa-kuasa besar, seperti Palestin, Iraq, Bosnia, Chenchen, Kashmir, Selatan Filipina, dan Afghanistan. Rumah mereka dihancur, zuriat mereka ditamat yang dipanggil penghapusan etnik.

Dari segi ilmu dan teknologi umat ini ketinggalan. Dari segi ekonomi kita cuai hingga meminta daripada pihak timur dan barat. Umat Islam tidak boleh bersatu. Sebaliknya Musyrikin bersatu menghancur kita sedang kita leka. Kita mudah dibuai dan digula-gulakan, sehingga saudara se agama kita disesatkan kita tidak ambil prihatin.

Mengapakah kadar keciciran pelajaran kita yang ramai, kenapakah kadar jenayah remaja kita yang tinggi, kenapakah kadar penagihan narkotik kita yang tinggi dan kadar kemiskinan kita yang tinggi. Padahal Ramadhan diwajibkan pada setiap tahun untuk kita beroleh taqwa. Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 10:

``Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertaqwalah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”

Dalam ayat menerangkan taqwa menanam sifat bersaudara sesama Mukmin. Orang yang bersaudara tentu sekali berkasih sayang dan saling ambil berat.
Kita perlu ambil berat aqidah umat ini, dengan saling membaiki sesama kita. Ajaklah anak buah dan jiran ke masjid untuk mengikuti pengajian supaya mereka tahu perintah dan larangan Allah. Hal ini disebut oleh Allah bagaimana para Rasul sedih melihat umat yang jahil terhadap ajaran Quran dalam Surah ar-Rum ayat 30

Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diendahkan".

Kita wajib berdakwah dengan apa juga cara yang hikmah dan sesuai dengan kebolehan kita. Dakwah adalah kerja Allah. Dialah yang memasukkan seruan itu ke dalam hati manusia. Cuma Allah hendak memberi peluang kepada kita supaya memperolehi syurga dengan cara menanggung susah payah menyebar agamanya dan menyelamatkan manusia. Firman Allah alam Surah at-Taubah ayat 40:

``Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) Maka Sesungguhnya Allah Telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia Berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, Sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir Itulah yang rendah. dan kalimat Allah Itulah yang Tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Ayat itu menerangkan keputusan Allah kepada orang-orang kafir Mekah yang telah sepakat hendak membunuh Nabi SAW, Maka Allah SWT. memberitahukan maksud jahat orang-orang kafir itu kepada Nabi SAW. Kerana itu Maka beliau keluar dengan ditemani oleh Abu Bakar dari Mekah dalam perjalanannya ke Madinah beliau bersembunyi di suatu gua di bukit Tsur. Yakni Allah sendiri akan memilih orang lain untuk menjayakan rancangan dakwah agamanya jika kita enggan. Allah tetap meninggikan agamaNya daripada kepercayaan lain rekaan manusia.
Berdakwah dengan niat supaya manusia lain memperolhi nikmat iman seperti kita kecapi adalah tanda iman kita mendalam, seperti keterangan hadith:


لايؤمِن أحدُكم حتى يحبَّ لأخيه مايحبُّ لنفْسِه
Tidak sempurna iman salah seorang diantara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri
( Muttafaq Alaih ).


AJK Pelaksana Ihya` Ramadhan

~Ramadhan Akademi Ketaqwaan~

Lailatul Qadar itu malam tadi

Posted by prpermai pada 10:25 0 komen

Edisi Ramadhan 23: Lailatul Qadar itu malam tadi
oleh: Hilal Asyraf
source: langitilahi. com


10 malam terakhir.

Yang seronoknya 10 malam terakhir dalam Ramadhan adalah, kewujudan lailatul qadr. Malam yang Allah SWT sendiri isytiharkan bahawa, ianya lebih baik dari 1000 bulan.

“Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari sebulan bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar” ayat 1-5.

Ramai orang mencari-cari malam Al-Qadr ini. Nak ibadahnya dikira macam dia beribadah lebih dari 1000 bulan katanya. Maka macam-macamlah caranya orang berusaha mendapatkan malam ini.

Ada yang pada 10 malam terakhir ini, dia bersungguh-sungguh buat ibadah tanpa henti, mengisi waktunya dengan sebenar-benar pengisian. Tak kurang juga yang hanya pilih malam ganjil sahaja, malam genap dia tak sungguh-sungguh. Ada pula yang hebat dalam kira-kira, membuat pengiraan matriks, menjangka bila datangnya Malam Al-Qadr untuk tahun ini dan tahun mendatang.

Macam-macam. Mungkin kita ini sebahagian dari yang banyak-banyak berusaha itu.

Jadi, sekarang dah tiga malam berlalu. Anda dah jumpa Lailatul Qadr?

Apa perasaan anda, kalau saya kata:

“Lailatul Qadr itu malam tadi”

?

“Ish, mana ada. Takkan malam tadi”

“ha’ah la, tak ada pun tanda-tandanya”

Mungkin sebahagian orang akan menyangkal kata-kata saya itu.

Tapi saya yakin ada pula sebahagian orang yang akan berkata:

“Betul la. Semalam memang lailatul qadar. Aku dapat rasa”

“Ha’ah la, aku dapat tengok tanda-tandanya. Tandanya itu... ini...”

Baik, sekarang tahukah anda, kenapa ada orang menyangkal, dan kenapa ada orang menyokong?

Sebenarnya, yang menyangkal adalah mereka yang tidak bangkit, tidak beribadah sungguh-sungguh malam tadi. Bagi yang terbangkit pula, mereka akan kata malam itulah lailatul qadr. Sebab ada kemungkinan, hari lain mereka tak bangkit. Jadi hari yang terbangkit, itulah lailatul qadr. Hari yang tak bangkit, itu bukan lailatul qadr.

Sebab itu ada canda berbunyi:

“Orang arab, mereka set tarikh Lailatul Qadr pada 27hb Ramadhan. Tapi kalau orang melayu, Lailatul Qadrnya bila mereka terbangun, dapat buat qiamullail dalam 10 hari terakhir”

Saya tak tahu pun semalam itu lailatul qadr atau tak.

Tapi apa perasaan anda, kalau benar semalam adalah lailatul qadr?

Mesti ada sedikit selitan rasa kecewa dalam jiwa bukan?

“Ish, kenapa la aku tak tidur awal semalam?”

“La, kenapa la aku lalai sangat buat kuih sampai tak buat apa-apa ibadah semalam?”

“Aiseh, shopping sampai lupa dunia, terlepas lailatul qadr”

“Aku tidur dari lepas buka, sampai nak subuh. Lailatul qadr rupanya”

Macam-macam mungkin akan terlintas dalam hati kita yang terlepas lailatul qadr kan?

Sebenarnya, lailatul qadr bukan perlu kita tunggu-tunggu dia. Bukanlah sepatutnya kita, menunggu, mencari-cari tandanya, baru hendak bergerak beribadah. Kalau begitu, yang kita sembah adalah lailatul qadr, bukan Allah SWT.

Ada hikmah, kenapa Allah tidak bagitahu secara jelas, bila malam yang mulia, penuh barakah ini. Sama seperti sebabnya kenapa Allah tidak bagitahu bila kita mati.

“...Untuk melihat, siapakah antara kamu yang terbaik amalannya...” Surah Al-Mulk ayat 2.

Agak-agak, adakah gandaan pahala, gandaan amal yang lebih baik dari 1000 bulan itu, Allah akan bagi pada kita, dalam keadaan kita ini lalai kepada-Nya? Dalam keadaan kita ini jauh daripada-Nya? Dalam keadaan kita ini tidak bersungguh-sungguh langsung mendekati-Nya?

Ada orang kata, lailatul qadr ini luck sahaja. Dapat dapat lah. Tak dapat, tak dapat lah.

Itu satu pendapat yang salah saya rasa. Lailatul Qadr, adalah salah satu dari rezeki-rezeki Allah SWT kepada hamba-Nya yang terpilih. Terpilih di sini, bukan nasib baik. Tetapi terpilih kerana kesungguhnnya, terpilih kerana mungkin ada amalnya yang terangkat di sisi Allah, terpilih kerana dia memang meminta kepada Allah SWT.

Siapakah antara anda yang berdoa: “Ya Allah, berikanlah aku rezeki dapat beribadah pada malam lailatul qadr?”

Biasanya, orang melayu akan kata: “Harapnya, kita dapat berjumpa malam lailatul qadr pada Ramadhan kali ini”

Sekadar berjumpa, memang semua kita akan berjumpa dengan lailatul qadr. InsyaAllah tak akan miss, melainkan kita tidur dari lepas asar sampai pukul 7.00 pagi esoknya, setiap hari, pada 10 malam terakhir.

Tapi masalahnya, siapa yang diizinkan Allah, dipilih oleh Allah SWT untuk beribadah, memohon apa yang ingin dipohon, pada malam yang mulia ini?

Inilah ruginya orang yang tidak bersungguh-sungguh sedari awal Ramadhan. Yang dia tahu, menunggu 10 malam terakhir. Tapi bila tiba 10 malam terakhir, dia tetap tidak mampu bersungguh-sungguh. Kenapa? Kerana dia telah lemah selama 20 hari. Mustahil orang yang tidak pernah berjogging langsung, boleh masuk pertandingan maraton 50KM.

“Ala, kalau sungguh-sungguh daripada awal, tapi mungkin nanti malam lailatul qadr tu tertidur ke, kan sia-sia juga”

Mungkin sebahagian kita bagi alasan begitu pula.

Tak mengapa. Terlepas pun tak mengapa kalau kita dah sungguh-sungguh dari awal. Pada saya, orang yang bersungguh-sungguh dari awal, dia nampak kenapa dia beribadah, kenapa dia bersungguh-sungguh. Dia menyembah Allah, mengharap redha Allah. Bukannya dia menyembah lailatul qadr, mengharap redha malam itu kepadanya.

Dan jangan kita pandang enteng rahmat Allah SWT kepada orang yang berusaha mendekati-Nya dengan bersungguh-sungguh. Saya tak pernah rasa, bahawa Allah SWT akan mesia-siakan hamba-hamba- Nya yang bersungguh-sungguh itu. Orang yang bersungguh-sungguh ini, pastinya Allah akan berikan yang terbaik untuk-Nya.

Kalau tak dapat lailatul qadr, tapi dapat redha Allah, dapat pengampunan Allah, bukankah itu sudah dikira kemenangan?

Kalau dapat lailatul qadr, tapi kemudian tetap jadi manusia ingkar, tak ikut peraturan yang Allah tetapkan, maka apakah yang besarnya? Pahala lebih dari 1000 bulan itu, kemungkinan akan susut dengan sikap suka mengumpat, dengan dosa-dosa, dengan menganiaya orang lain dan sebagainya. Dapat lailatul qadr, lepas tak bangun dah qiam pada malam-malam lain. Adakah itu kemenangan?

Sedangkan, kita semua faham bahawa bukanlah lailatul qadr itu yang memberikan pahala. Allah jugalah yang memberikan pahala kepada kita.

Kita masih ada 5 hari lagi, ada 4 malam lagi. Masih sempat perbaiki niat, perbaiki matlamat untuk kita raih redha dan pengampunan Allah SWT dalam ramadhan ini. Mungkin kita terlepas lailatul qadr pada malam 21, 23 atau 25. Tapi pengampunan dan redha Allah itu masih terbuka.

Mari kita bersungguh-sungguh, mendekati-Nya, meminta agar Dia membenarkan kita menjadi hamba-Nya yang terbaik!

Bohong ketika Puasa... Nau'zubillah

Posted by driving test pada 09:26 0 komen



Assalamualaikum.

Disertakan kepada anda semua, satu poster tentang salah satu adab berpuasa.

Semoga kita dapat peroleh manfaat daripadanya.

Wassalam..

2009/09/15

AMALAN RASULULLAH S.A.W DAN PARA SAHABAT

Posted by prpermai pada 08:51 0 komen


AMALAN Rasulullah SAW dan sahabat pada malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:
1· Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah SAW dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.
Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.
2· Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.
Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.
Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.
3· Memperbanyak doa.

Rasulullah SAW bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Baginda untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah SAW membaca doa pada malam al-Qadar.
Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini)
Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.


-AJK PELAKSANA PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1430H/2009M-
~RAMADHAN AKADEMI KETAQWAAN~

2009/09/14

KEJAYAAN IBADAH RAMADHAN

Posted by prpermai pada 19:32 0 komen

KEJAYAAN IBADAH RAMADHAN

Taqwa adalah hasil kejayaan puasa.
Puasa adalah memantapkan keimanan kepada Allah SWT sehingga menjelma keimanan itu menjadi ketaqwaan. Allah dalam firman-Nya yang artinya: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa (SURAH 2:183).

Hasil dari ketaqwaan itu membuah tiga perkara:

Pertama, mencegah diri dari segala perbuatan keji dan dusta.Hadits riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dinyatakan bahawa Allah SWT tidak menerima puasa seseorang yang tidak meninggalkan perkataan dusta, hadits tersebut artinya: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang keji (dusta) dan melakukan kejahatan, Allah tidak akan menerima puasanya, sekalipun ia telah meninggalkan makan dan minum.

Kedua, mempunyai ketahanan rohani yang kuat sehingga dia menjadi orang yang mampu menjaga dan mencegah dirinya dari dosa. Rasulullah SAW bersabda yang artinya: Puasa adalah perisai dari api neraka seperti perisainya seseorang diantara kamu dalam perang (HADITH RIWAYAT. Ahmad, Nasa’I, Ibnu Majah, Ibnu Hibban).

Ketiga, selalu terangsang untuk berbuat baik, kerana ibadah Ramadhan memang selalu mendidik seseorang untuk melakukan kebaikan, baik terhadap Allah SWT mahupun terhadap sesama manusia. Akan timbul lima kemampuan dan kelebihan.

1. Rasa dekat kepada Al-Qur’an.Seronok membaca, memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.
2. Rasa dekat hubungan dengan kepada Allah SWT, seorang muslim tidak berani melanggar perintah dan larangan Allah.
3. Rasa pentingnya berdo’a kepada Allah kerana kita menyadari sebagai makhluk yang lemah dan amat mengharap pertolongan Allah.
4. Kemampuan membedakan antara yang haq dan yang batil.
1. Menyadari pentingnya kebersamaan dengan sesama muslim, kerana dengan puasa kita dapat membayangkan bahkan dapat merasakan bagaimana penderitaan mereka yang susah dan miskin sehingga kita menyadari keharusan bersatu dan tolong menolong.

Antara hasil taqwa ialah terbentuknya Islam pada peribadi, keluarga dan masyarakat
Salah satu yang kita harapkan dalam hidup ini adalah terwujudnya kehidupan yang baik berdasarkan nilai-nilai Islam. Sebagai agama yang syamil (menyeluruh) dan kamil (sempurna), Islam memberikan perhatian yang begitu besar pada pembentukan peribadi, keluarga dan masyarakat. Oleh kerana itu, menjadi penting bagi kita untuk memahami pengertian peribadi, keluarga dan masyarakat yang Islam.


Peribadi islam.
Keperibadian Islam adalah peribadi yang bertaqwa dan selalu merasa diawasi oleh Allah SWT. Perasaan diawasi oleh Allah menjadi begitu penting dalam kehidupan seorang muslim kerana dengan demikian dia tidak berani menyimpang dari jalan dan ketentuan-ketentuan Allah, hal ini kerana setiap perbuatan manusia ada pertanggung- jawabannya dihadapan Allah, kebaikan dan keburukan yang dilakukannya untuk dirinya sendiri. Allah berfirman yang artinya: Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Al kitab (Al-Qur’an) untuk manusia dengan membawa kebenaran; siapa yang mendapat petunjuk maka petunjuk itu untuk dirinya sendiri, dan siapa yang sesat maka sesungguhnya dia semata-mata sesat buat (kerugian dirinya sendiri, dan kamu sekali-kali bukanlah orang yang bertanggung jawab terhadap mereka (SURAH 39:41).

Puasa dan seluruh peribadatan di dalam Islam melatih kita untuk selalu dalam pengawasan Allah, menghargai waktu, disiplin dan sebagainya, sehingga dari ibadah ini insya Allah akan kita capai perbaikan keislaman diri ke arah yang lebih baik dan terus menunjukkan ketundukan kepada Allah SWT hingga akhir hayat, Allah SWT berfirman: Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan jangan sampai kamu mati kecuali dalam keadaan muslim (SURAH 3:102).

Keluarga islam.
Keluarga Islam adalah keluarga yang anggota-anggota bukan hanya kedudukan keagamaannya sebagai muslim, tapi juga dapat menunjukkan keislaman dalam kehidupan sehari-hari, baik dalam hubungannya kepada Allah SWT mahupun dengan sesama anggota keluarga dan tetangganya

Dalam bulan Ramadhan, memperbaiki keislaman keluarga perlu kita lakukan dengan lebih bersungguh-sungguh seperti tadarrus dan tadabbur (mengkaji) Al-Qur’an, sahur bersama, buka puasa bersama, tarawih bersama yang disertai ceramah dan memperkokoh hubungan dengan sesama anggota keluarga kerana suasana kumpul bersama keluarga di rumah pada bulan Ramadhan sepatutnya lebih banyak sehingga tercipta keakraban dan keharmonian hubungan antara keluarga yang jelas sangat soleh dalam usaha memperbaiki keislaman anggota keluarga.

Khususnya bagi seorang suami atau bapa, maka seorang bapa mesti memperbaiki keislaman dirinya terlebih dahulu baru memperbaiki keislaman keluarganya. Keluarga harus kita Islamkan kerana azab Allah sangat pedih bagi siapa saja yang tidak bertaqwa kepada-Nya, Allah berfirman yang artinya: Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan- Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan (SURAH 66:6)

Masyarakat Islam
Terwujudnya masyarakat yang berkeperibadian Islam merupakan sesuatu yang sangat penting. Dengan terwujudnya masyarakat Islam, ketertiban, kedamaian dan ketenangan hidup akan sama-sama kita rasakan, bahkan hidup jadi terarah pada nilai-nilai kebenaran dan dapat kita kikis habis tindakan-tindakan yang maksiat atau paling tidak sangat kecil peluang manusia untuk melakukan kemaksiatan. Dari sini masyarakat akan memiliki harapan yang lebih besar terhadap masa depan yang cerah, tapi bila masyarakat tidak Islamik, maka masa depan yang bahagia akan terasa gelap.. Allah SWT berfirman, “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya” (SURAH 7:96)

Apabila manusia, baik secara perseorangan mahupun kelompok atau masyarakat akan memperoleh keberkatan dari Allah SWT, maka kehidupannya akan selalu berjalan dengan baik, rezki yang diperolehnya cukup bahkan melimpah, sedang ilmu dan amalnya selalu memberi manfaat yang besar dalam kehidupan. Di sinilah letak pentingnya bagi kita mewujudkan masyarakat Islam.

Apakah ciri masyarakat Islam yang harus kita wujudkan itu?

Paling kurang ada empat ciri masyarakat Islam yang harus kita tegakkan.

Pertama, masyarakat yang bersaudara antara satu dengan lainnya. Masyarakat yang tidak mempersoalkan orang asing atau pribumi, dikenal atau belum, penduduk asli atau pendatang, yang penting adalah ketaqwaannya kepada Allah SWT sebagaimana firman-Nya,

“Hai manusia, sesunguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu bersuku-suku dan berbangsa-bangsa supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali” (SURAH 49:13).

Kedua, Masyarakat yang harmoni dan bertimbang rasa. Pergaduhan dan tekan menekan biasanya terjadi kerana ada pemisahan atau jurang perbezaan yang tidak sihat, salah satunya adalah jurang miskin kaya. Masyarakat Islam tentu menunaikan zakat, infak dan sadaqah, dengan zakat yang ditunaikan secara baik, akan merapatkan jurang miskin kaya. Allah SWT berfirman yang ertinya,“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” (SURAH 8:46).

Ketiga, masyarakat yang bersungguh-sungguh dalam kebaikan termasuk dalam mencari rezkhi yang halal bagi diri dan keluarganya meskipun dengan susah payah dalam memperolehnya, Rasulullah SAW bersabda,“Seseorang yang membawa tali lalu pergi mencari dan mengumpulkan kaya bakar lalu dibawanya ke pasar untuk dijual dan wangnya digunakan untuk mencukupi keperluannya dan nafkah dirinya, maka itu lebih baik dari seseorang yang meminta-minta kepada orang yang kadangkala diberi dan kadangkala ditolak (HADITH RIWAYAT. Bukhari dan Muslim).

Keempat, masyarakat yang terhormat, yakni masyarakat yang memiliki izzah, kemuliaan atau harga diri, baik dalamn kaitan dengan mencari harta, melepaskan keinginan seksual mahu pun dalam menjalin hubungan dengan sesama manusia. Harga diri merupakan sesuatu yang selalu dijaga dan dipertahankan. Dari huraian di atas, menjadi jelas bagi kita bahawa terbentuknya peribadi, keluarga dan masyarakat yang islam merupakan suatu keperluan bagi proses perwujudan kehidupan dunia yang aman, adil dan sejahtera.

2009/09/13

Jadual jangkaan Lailatul Qadar

Posted by prpermai pada 18:05 0 komen

(klik imej utk pembesaran)


*ralat=gantikan perkataan MERAH dgn BIRU




malam istimewa tersebut adalah milik Allah dan hak-Nya utk dianugerahkan kpd para hambaNya yg berebut-rebut dan berlumba-lumba kearahNya.
moga kita tergolong dalam golongan tersebut.

Anggaplah ramadhan kali ini..ramadhan terakhir kita..



MAri "boost" pahala kita!

2009/09/12

Iktikaf 10 akhir RAMADHAN

Posted by prpermai pada 20:34 0 komen

IKTIKAF 10 AKHIR RAMADHAN

  1. Makna iktikaf ialah tekun atau tetap diri di dalam masjid dengan niat untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Dasar hukum iktikaf ialah Surah al-baqarah ayat 125:

Dan (ingatlah), ketika kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim[89] tempat solat. dan Telah kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang thawaf, yang i'tikaf, yang ruku' dan yang sujud".

dan Surah al-Baqarah ayat 187:

… janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf[115] dalam mesjid. Itulah larangan Allah, Maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertaqwa.

  1. Iktikaf 10 akhir Ramadhan adalah istimewa kerana dalamnya diharapkan “Lailatul Qadr” akan berlaku. Ganjaran beribadat berbetulan Laitul Qadr ialah seumpama beribadat 1000 bulan.

  1. Beriktikaf di masjid menumpukan sepenuhnya ke haderat Allah serta memutuskan hubungan dengan orang ramai dan diikuti pula dengan suasana berpuasa, semata-mata mengharap keredhaan Allah, maka besar kemungkinan kita akan mendapat malam yang istimewa itu.

  1. Oleh sebab itu Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan amalan iktikaf pada sepuluh hari akhir Ramadhan sejak ia disyariatkan. Baginda akan memasuki tempat iktikaf bermula pada petang hari 20 Ramadhan, dan keluar pada pagi ‘Idul Fitri atau selepas jatuh matahari pada malam sebelumnya.

  1. Sunnah iktikaf adalah antara sunnah Nabi SAW yang kurang diamalkan pada akhir zaman. Semoga usaha ke arahnya akan diteruskan. Bagi mereka yang tidak mampu melakukan cara yang terbaik di atas, maka ibadah iktikaf sunnat secara tidak penuh dibenarkan. Ini boleh didasarkan daripada kaedah Ilmu Usul yang berbunyi, “Jika kamu tidak mampu melakukan kesemua suruhan maka jangan tinggal kesemuanya.”

  1. Menurut pendapat Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Baari (Syarah Sahih Bukhari), seseorang itu boleh iktikaf sehari, dua hari, atau selang sehari, atau siang sahaja, atau malam sahaja dan seumpamanya. Sesiapa yang ingin iktikaf malam sahaja hendaklah dia masuk ke tempat iktikafnya sebelum terbenam matahari dan keluar setelah solat Subuh. Bagi yang ingin iktikaf siang sahaja hendaklah masuk ke tempat iktikaf sebelum solat Subuh dan keluar setelah solat MagHadith Riwayatib. Bagi yang ingin iktikaf siang dan malam hendaklah masuk ke tempat iktikaf sebelum MagHadith Riwayatib dan keluar sesudah MagHadith Riwayatib keesokan harinya.

  1. Kelebihan iktikaf:

    1. Kelebihan yang agung ialah moga-moga mendapat “Lailatul Qadr”. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Qadr yang bermaksud, “ Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan.”

    1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa iktikaf satu hari semata-mata mengharap keredhaan Allah, niscaya Allah jadikan (jarak) antaranya dan api neraka sejauh tiga parit, yang mana lebar satu parit ialah lebih jauh daripada dua mata angin.” (Hadith Riwayat Al-Thabari)

  1. Hikmah Iktikaf:

    1. Menjernihkan dan menguatkan jiwa untuk mengharungi hidup masa hadapan dengan lebih baik.

    1. Kalau Ramadhan sebagai bulan ujian, maka kemuncak ujian ialah umat Islam pada iktikaf sepuluh hari terakhirnya.

    1. Berusaha mendapat kelebihan Lailatul Qadr terutama pada malam-malam yang ganjil.

    1. Mendapat peluang doa mustajab semasa iktikaf untuk menghadapi kehidupan setahun berikutnya.

AJK Pelaksana Ihya` Ramadhan

~Ramadhan Akademi Ketaqwaan~


 

Pembangunan Rohani Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez